3-sebab-peniaga-perlu-ada-blog-atau-website |

3-sebab-peniaga-perlu-ada-blog-atau-website

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
3-sebab-peniaga-perlu-ada-blog-atau-website
Read Time2 Minutes, 17 Seconds

Kali ni aku nak ceritakan 3 sebab kenapa peniaga perlu ada blog atau website . Zaman ini kebanyakan benda dan maklumat boleh didapati di hujung jari. Tambah-tambah generasi muda mudi zaman sekarang. Gajet seperti smartphone & tablet memenuhi ruang rumah.

Nak tak nak peniaga/bakal peniaga memang kena peka dengan trend dan juga permintaan zaman ini.  Kalau dah ramai yang selesa dengan gajet dan online, kita pun perlulah juga buat sesuatu supaya mereka dapat reach kita. Mudahkan bakal pelanggan untuk jumpa kita, InsyaAllah mudah urusan.

Salah satu sebab kenapa perlu ada blog atau website untuk perniagaan korang ialah supaya Online presence bisnes korang dirasai bakal pelanggan. Macam sekarang, ramai yang akan google dulu sesuatu produk, servis atau brand sebelum mendapatkan produk, servis atau brand tersebut. Rugi jika nama produk atau servis korang dicari tetapi tak nampak online presence korang dekat dalam online.

 

3 sebab peniaga perlu ada blog atau website

Dalam perniagaan memang banyak persaingan. Korang just perlu ada sedikit extra edge daripada pesaing korang. Kalau pesaing korang ada banner besar di kedai, hanya mereka yang lalu di hadapan kedai dia sahaja yang akan nampak. Tetapi kalau korang ada website atau blog, mereka yang dalam online akan berpontensi untuk nampak kedai atau perniagaan korang di online.

Pernah dengar cerita beruang dan pemburu? Cerita dia macam ni.

Ada 2 orang pemburu yang sedang memburu di dalam hutan. Setelah lama menunggu hasil buruan, mereka kepenatan. Mereka berdua pun ambil keputusan untuk berehat. Sambil berehat mereka tinggalkan senjata di dalam kereta. Sebab nak selesa kedua-duanya pun berehat  dengan berkaki ayam.

Tiba-tiba kedua-duanya melihat seekor beruang besar berhampiran mereka. Nak capai senanpang, senapang dalam kereta, jadi pemburu pertama ni capai kasut dan pakai cepat-cepat. Pemburu kedua kehairanan dan tanya pemburu pertama.

“Kenapa pakai kasut? bukanya kita boleh lari lebih laju daripada beruang” 

Pemburu pertama jawab ” Aku tak perlu lari lebih laju daripada beruang, aku hanya perlu lari lebih laju daripada kau”

Begitu jugalah dalam perniagaan, dengan sedikit extra edge tu, kita dah boleh mendapat kelebihan dan meninggalkan pesaing kita. Itu adalah sebab kedua kenapa korang perlu ada blog atau website untuk perniagaan korang.  Bina web atau blog perniagaan korang lebih awal daripada pesaing korang.

Sebab ketiga pula adalah supaya perniagaan atau brand korang nampak lebih ber authority. Kalau korang jual pakej takaful anda boleh kongsikan tips-tips pemilihan pakej takaful sebagai contoh. Malah secara tak langsung dapat menarik minat prospek untuk melantik korang menjadi ejen takaful mereka. Begitu juga dengan perniagaan atau servis yang lain. 

Itu adalah antara 3 sebab peniaga perlu ada blog atau website.

Korang boleh share artikel ini dengan rakan-rakan peniaga korang yang lain.

Korang juga boleh jenguk laman ni kalau nak tengok macam mana rupa demo blog atau website.

Semoga peniaga atau bakal peniaga macam korang ni dapat sesuatulah dalam coretan aku kali ni.

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

servis penulisan artikel
Servis Penulisan Artikel
blogkejapps

servis penulisan artikel 2019

Alhamdulillah pada awal bulan November 2019 ini, melalui blog kejapps dot com, kami telah melancarkan secara rasmi servis penulisan artikel. Buat masa ini kami mahu

Read More »

Sampel penulisan 5

Sampel artikel 5 Tajuk: 10 Tips promosi produk affiliate di wall Facebook anda Teknik promosi ini adalah antara teknik promosi affiliate yang paling diminati ramai

Read More »

Sampel artikel 4

Ramai yang berkata pemasaran emel ini sudah ketinggalan zaman. Tiada lagi engagement dan respon yang tinggi kerana generasi masa kini lebih selesa dengan sosial media

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu