3 perkara penting untuk temuduga kerja |

3 perkara penting untuk temuduga kerja

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
3 perkara penting untuk temuduga kerja
Read Time8 Minutes, 41 Seconds

3 perkara penting untuk temuduga kerja yang aku nak  cerita dekat korang. Aku tahu macam dah off topic dan tersasar daripada tujuan aku yang nak jadi full time digital marketer ni.

Tapi senang cerita macam nilah, sementara nak stabilkan start up aku ni, aku kena cari income replacementlah juga. Mana boleh nak duduk saja-saja tak buat apa. Nak start up pun ambil masa sementara nak tunggu proses marketing tu berjalan. Bukan boleh hari ni siap produk esok terus terjual dengan jayanya tanpa marketing.

Oklah, berbalik kepada topik. Lepas aku dah tak kerja haritu, aku pun sajalah apply 1 position yang tak jauh dari tempat aku duduk sekarang ni dekat Perak. Aku pun tak bajet sebenarnya yang aku ni shorlisted. Sebab job scope tu macam off sikit daripada position kerja aku dulu.

Aku apply kerja ni masa hujung bulan 7 atau awal bulan 8 kalau tak salah aku. Aku pun tak harap mana sangat sebab lepas aku apply tu macam krik-krik jer. Sekali je headhunter call aku dan cakap kalau shortlisted diorang akan call bagitahu.

Hujung minggu lepas aku & family ke KL sebab wife aku ada urusan kerja throughout the weekends sampai ke hari Isnin. Aku jadi driver dan babysitter anak-anaklah. Plus dapatlah juga lepak dekat hotel. Tumpang makan breakfast free dan layan movie free. Sambil tu sebenarnya aku pun nak ambil kesempatan cari partner untuk JV dan uruskan marketing produk e-course appreneur aku.

Sekali hari Isnin pagi, lepas breakfast tu aku dapat call dari headhunter cakap yang aku shorlisted untuk position yang aku apply tu. Headhunter tu pun bagitahu interview hari rabu petang. Aku pun cakap yang aku tak boleh datang sebab aku dah ada appointment lain.

Sebenarnya aku dah ada official appointment dengan seorang konsultan untuk aku punya bisnes startup. Yes walaupun aku nak kerja sendiri, tapi aku kena ada orang yang boleh guide aku untuk startup entrepreneurship ni. So aku pun mintalah headhunter untuk bagitahu company yang tengah cari pekerja ni untuk reschedule interview aku.

Hari Selasa petang baru headhunter tu call aku dan cakap yang company reschedule interview aku ke hari Khamis pagi. Aku punya gelabah jangan kau tanya. Dah lah lama tak pergi interview satu hal, banyak lagi perkara yang tak ready, macam nak kena go through all technical terms dan segala jargon-jargon berkaitan kerja.

Tapi Alhamdulillah lega satu perkara tentang dokumen. Dokumen-dokumen penting dan salinan semua dah siap masa aku nak register sambung belajar dulu. So tak adalah nak kelam kabut sangat. Aku paling benci persiapan dokumen tu sebenarnya. Kau imagine lah kerja apa pun di Malaysia ni mesti nak kena bawa sijil SPM, walaupun kau dah ada phd (aku tak ada lagilah). 

Petang Selasa tu pun aku sibuklah mesej kawan-kawan dekat ex-company aku dulu untuk hantar dokumen-dokumen teknikal sebagai rujukan aku. Bukan apa, walaupun background aku teknikal, aku dah lama tak buat kerja yang teknikal. Aku banyak buat kerja-kerja coordinator dan management walaupun bukan manager. Sampailah last job scope aku, aku kena buat mobile apps untuk department aku. Best kan?

So hari Selasa tu aku tak sempat nak prepare apa sangat pun untuk interview tu. Hari Rabu tu otak aku memang untuk jumpa konsultan pasal bisnes startup. Masa intro dengan konsultan tu, aku pun somehow terbuka cerita yang aku ada interview pada hari Khamis tu.

Dengan tak semena-mena konsultan tu suruh aku jangan fikir pasal bisnes startup for a while dan sesi aku hari tu, dia tolong prep aku untuk sesi interview. Ya Allah, murahnya rezeki aku. Tu yang orang kata, rezeki tak salah alamat, just timing rezeki tu datang pasti timing yang terbaik. Sebenarnya aku patut jumpa konsultan tu minggu sebelum tu, tapi tiba-tiba dia tak dapat datang, so hari Rabu baru dapat jumpa.

Dalam sesi tu dia minta aku hantar resume aku dekat dia. So terus dia tengok dan komen on the spot. Siap dia minta native file resume aku untuk dijadikan template dia. Credit untuk wife aku, dia yang sediakan template tu sebenarnya.

So aku nak share dengan koranglah pertama sekali tentang resume. Zaman sekarang ni resume nak kena padat dan straight to the point. Lagi bagus kalau kau boleh buat everything jadi satu page.

Antara komen dia untuk resume aku yang aku nak share dengan korang ialah:

  • Kena susun pengalaman kerja ikut kronologi dari yang terkini.
  • Kena buat executive summary tentang pengalaman kerja korang base on apa yang korang buat. Contoh: kalau ada pengalaman kerja 15 tahun, kena bagitahu 10 tahun buat apa, 5 tahun buat apa.
  • Highlightkan atau emphasize pengalaman dengan kerja yang korang nak apply.
  • Gambar dalam resume dengan keadaan korang sekarang ni haruslah lebih kurang sama.

So basically tak banyak yang aku kena ubah dalam resume aku tu. Lepas tu akak konsultan tu tolong prep aku dengan buat mockup interview untuk aku. Alhmadulillah, dari nervous terus aku rasa confident untuk pergi interview esok hari.

Antara perkara penting yang akak tu pesan untuk menjalani temuduga kerja adalah:

  • Masuk-masuk terus senyum, salam (kalau muhrim) dan pastikan ada eye contact.
  • Pakai pakaian yang sesuai dengan kerja dan suasana tempat kerja yang kau minta. Macam aku minta kerja dekat yard, so pakaian formal tanpa tie dan blazer sudah mencukupi. Itupun macam dah over dressed. Masa aku pergi interview tu semua duk memandang aku.
  • Posisi badan, postur badan mesti betul . Masa duduk jangan menyandar, tegakkan badan dan sedikit condong ke depan, jangan sampai kau tersembam atas meja pula. Ini untuk menunjukkan yang kau berminat.
  • Kalau kau jenis bercakap yang suka bergerak tangan, cuba kawal. Letak tangan atas kaki dan bawah meja. Masa aku tu aku terlepas juga, beberapa kali masa aku excited jawab soalan, tangan aku bergerak bebas.
  • Semak semua dokumen yang penting sebelum temuduga. Pastikan kau dah ada semua.
  • Study Job description. Kalau aku tak jumpa akak tu, memang job description pun aku tak tahu.
Next step yang akak tu suruh aku buat dan siapkan sebelum interview ada 3 perkara. 3 perkara penting untuk temuduga kerja nilah yang korang kena sediakan setiap kali sebelum pergi interview:
 
  •  Exit statement – ni macam apa sebab kau keluar dari company lama dan cari peluang pekerjaan baharu. Even kalau kau rasa macam teruk sebab kau ditamatkan kontrak atau VSS atau MSS sentiasa ada positive spin. Ni aku bagi satu contoh untuk yang kena VSS. 
“Since 201X the x industry having a major setback due to drop in steel pricing. In order to be competitive and relevant to the industry, my ex company – YYYYYYY has gone major restructuring process. As the p rocess is ongoing, this year it has affected my department and company significantly. I’ve been offered a very good VSS offer. In order to support my company direction and decision, I decide to accept the offer. Now I’m ready to offer my vast experience and knowledge to the industry and ready to looking for available opportunies.”

 

  • Elevator speech – basically ni macam summary pengalaman kerja kau dan apa kerja yang kau nak cari. Kenapa dia panggil elevator speech? Basically sebab kau ada masa kurang dari 1 minit untuk kau pitch orang (konon-konon terjumpa HR manager dalam lif, dan sebelum lif buka, kau kena habiskan pitch kau). So benda ni untuk bagi orang ingat kau dan create opportunity dan opening untuk kau.
  • Cover letter
  • Ready untuk jawab soalan what you see in the next five years? Biasanya kalau company yang ada talent management dia akan tanya soalan macam ni. Company macam ni suka orang yang ambitious. So bergantung position yang korang apply dan pengalaman yang korang ada, bolehlah jawab macam contoh ni:

“I can see clearly that I’m happily working over here in the company and consistently contribute with good performance. I don’t see any issue that why I can’t lead one of the department in the next five years.”

Lepas sesi tu legalah sikit. Confident level pun dah meningkat, Alhamdulillah. Balik tu aku pun prepare apa yang patut, double check semua dokumen dan update resume. Malam tu sempatlah selak -selak sikit dokumen-dokumen teknikal yang kawan aku hantar. Job description pun dah selesai baca, malam tu juga baru head hunter hantar.

Interview aku tu pukul 10 pagi, tapi aku bajet nak pergi awal dalam pukul 8 bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diduga. Keluar rumah pukul 8, dalam kereta aku check resume sekali lagi, sudah, ada typo dan printing keluar tu tak sama macam dalam laptop aku.

Edit punya edit, 8.40 juga baru siap. Aku pun singgah kedai runcit cari gam dan paper clip untuk tampal gambar saiz pasport dan juga clip borang yang nak kena isi sebelum interview. Masa nak bayar tu aku dah rasa risau. Duit aku RM 300 hilang! Dahlah itu je duit aku yang ada sementara nak tunggu fund masuk (tak tahu bila).

Aku pun nak sedapkan diri bagitahu diri sendiri duit tu tercicir dekat rumah masa aku edit dan print balik resume aku. Tapi hati aku tak sedap, aku tak nak nanti affect pula interview aku.

Nak tak nak aku patah balik rumah. Alhamdulillah, lega ada semua duit tu. Aku pun terus bergegas pergi interview. Nak sampai pun lebih kurang 40 mini t juga dari rumah aku.

Dah sampai kawasan tu, aku buka waze nak cari alamat. Sekali buka emel tengok alamat yang headhunter aku hantar adalah 5 storey white building! Memang salah aku tak check dulu. Sesat jugalah kejap.

Tapi Alhamdulillah sampai juga. Lega, so terus pergi jumpa receptionist. Ada baki 10 minit lagi sebelum pukul 10. Aku pun isi apa yang patut dan tunggu dipanggil untuk interview. Tungu punya tunggu dah pukul 10.20 pagi, tak juga kena panggil. Otak aku dah start memancarkan cerita-cerita dan senario yang kurang best.

Last-last pukul 10.30 pagi baru diorang panggil aku masuk bilik interview. Sekali ada lagi satu suprise, panel interviewer tukarkan job yang aku apply tu untuk position lain. Haa tepuk. Lepas tu memang ada 2-3 soalan yang aku fumble, memang tak ready weh.

Tapi habis interview HR tu terus bagitahu aku benefit yang aku dapat kalau diterima bekerja dan tanya bila aku boleh start kerja. Aku start bulan Oktober dan diorang minta aku start bulan September (pertengahan). Ada harapan nak dapat ke ni?

Paling aku tak tahan bila yang interviewer ni tadi salam dengan aku dan cakap jumpa lagi.

3 perkara penting untuk temuduga kerja

Please don’t do that. Don’t give me hope.

Minggu depan ni mahu berdebar melampau aku menunggu keputusan. HR kata kalau diorang tak call minggu depan aku tak dapat. Kalau diorang call aku dapat kerja.

So walaupun banyak bunga dan drama cerita aku kali ni, aku harap korang dapat manfaatlah.

By the way ni ada kerja kosong IT sales executives dan IT engineer yang korang boleh apply kalau sesuai.

Jangan lupa share artikel ni pada kawan-kawan korang yang lain ya.

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

sunat cuti sekolah
anak-anak@kejapps
blogkejapps

Sunat cuti sekolah 3 orang hero

Seperti mana ibu bapa lain yang ada anak lelaki, aku juga tak ketinggalan untuk merancang aktiviti sunat cuti sekolah untuk 3 orang anak-anak aku. Pada

Read More »
kematian yang dicemburui
Sembangkosong@kejapps
blogkejapps

Kematian yang dicemburui

Kematian yang dicemburui. Bukan semua berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Apatah lagi dapat peluang menunaikan haji & umrah ke rumah Allah. Begitulah bertuahnya

Read More »
Malaysia vs indonesia player rating
Santai@kejapps
blogkejapps

Malaysia vs Indonesia player rating

Tahniah Malaysia, atas kemenangan 2-0 ke atas musuh tradisi Indonesia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala asia 2023. Kemenangan semalam mencerahkan lagi

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu