Minggu lepas aku berpeluang menimba ilmu meniaga jalanan di UTP. Sebagai student aku dapatlah peluang untuk buka booth untuk satu event yang UTP anjurkan ni. Selama ni aku lebih selesa untuk buat bisnes ‘bisu’ secara online je.
Tak perlu orang kenal, tapi dalam masa yang sama masih mampu jual/tawarkan produk/servis kepada pelanggan bila buat bisnes secara online ni. So aku pun ambil peluang untuk turun belajar buat urus niaga secara offline pula. Mungkin ada benda yang boleh aku belajar dan boleh ‘apply’ dalam bisnes online.
Yang paling aku benci untuk meniaga offline ni ialah nak kena sediakan duit pecah. Kebiasaannya tak pernah cukuplah. Tak campur lagi peniaga sebelah yang nak tukar duit juga. Itu semua perkara biasa, cuma aku rasa benda ni semua boleh diatasi.
Aku dan wife decide untuk jual spicy ramen korea ni. Basically maggi samyang yang kitorang dah modify ikut citarasa kitorang.
Well, aku tak nak ulas panjang pasal jualan dan maggi samyang ni lah. Aku nak share dan kongsikan apa yang aku buat masa jualan ni yang aku rasa akan sangat membantu peniaga lain mengatasi masalah tak cukup duit pecah ni.
Aku apply dan implement sedikit pengetahuan dan skill yang aku ada dalam bisnes online aku sewaktu aku menjual di gerai.
Terima pembayaran cashless melalui mobile apps Maybank QRpay biz
Aku sediakan 2 cara pembayaran secara cashless. Pertama sekali menggunakan Maybank QRpay dan yang keduanya menggunakan mobile apps.
Dulu pun aku dah pernah tulis satu post tentang peniaga pasar malam yang menggunakan pembayaran cashless. Dan aku rasa rugi gila kalau kau orang buat bisnes tapi masih tak register Maybank QRpay ni. Free je pun dan duit dapat direct je terus duit ke diorang.
Untuk install Maybank QRpay biz, korang just klik je sini. Follow sahaja arahan yang disediakan. Kemudian hanya perlu print out QRpay yang anda dah sediakan.
Pelanggan dan pembeli boleh terus scan dan masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Korang pula akan terus dapat notification dari pihak maybank bagitahu duit dah masuk.
Senang sangat, dah tak payah risau pasal tak cukup duit pecah nak bagi pelanggan.
Ikut pengalaman aku penggunaan Maybnak QRpay biz ni adalah kelebihan dan kekurangan dia. Aku senaraikan dekat bawah ni untuk mudah korang nak tengok.
Kelebihan:
- Daftar akaun QRpay biz ni adalah percuma.
- Kalau tak ada akaun maybank pun masih boleh daftar akaun Maybank QRpay biz. (Tertakluk terma dan syarat, ada akaun bank yang dibenarkan)
- Ada notification bayaran masuk.
- Tiada caj, maksudnya kalau bayaran RM 10, RM 10 tu akan masuk ke akaun korang.
- Bayaran akan masuk terus ke akaun bank yang korang daftarkan.
- Boleh buat kupon diskaun, set tarikh diskaun, produk dan hadkan penggunaan kupon.
- Tak perlu risau masalah tak cukup duit pecah dah.
Kekurangan:
- Pelanggan perlu ada akaun maybank & install apps maybank sebelum boleh mula membayar dengan QRpay.
Overall rating:
Nora bagi 5 bintang.
Terima pembayaran melalui mobile apps.
Ok cara yang kedua ni agak sedikit lainlah. Kalau sebelum ni tempahan dan pembayaran melalui website tu dah biasa, kali ni saya guna mobile apps android.
Konsepnya sama, cuma kena guna mobile apps.
Mobile apps ni aku buat sendiri. Aku tak buat pakai coding pun. Aku buat satu website untuk ambil tempahan dan terima pembayaran daripada pelanggan.
Untuk website tu aku gunakan wordpress. Dan untuk cara ni kau kena ada hosting.
Untuk hosting aku gunakan khidmat hosting netkl. Korang boleh dapatkan hosting & domain serendah RM 60 di sini.
Untuk website ni aku gunakan plugin berikut:
- Jetpack – security, anti spam. analytic
- Elementor & elementor pro – page builder
- Woocommerce – shopping cart
- Wp smush – kecilkan saiz gambar
- Senangpay for woocommerce – terima pembayaran melalui online banking, kad kredit & kad debit.
Seterusnya aku tukarkan website tu jadi mobile apps. Untuk list mobile apps ke playstore korang perlu ada akaun developer.
Aku ada tulis artikel penuh step by step untuk korang daftar akaun developer DI SINI.
Tapi sebab event aku tu satu hari je dan hassle untuk orang install apps, so aku dapat generate satu sale je melalui apps.
Apps ni lebih sesuai kalau korang peniaga yang memang menjual setiap hari atau berulang-ulang. Bukan untuk yang sekali dua macam aku.
So aku senaraikan kelebihan dan kekurangan apps ni.
Kelebihan
- Customize apps dengan logo, warna dan brand sendiri.
- Terima pembayaran melalui fpx (online banking). kad kredit dan kad debit.
- Ada invois dan rekod.
- Bagus untuk brand awareness dan list brand anda di google.
Kekurangan
- Perlu mahir teknikal. Walaupun tanpa coding, masih perlu tahu sedikit teknikal untuk setup website dan mobile apps.
- Perlu keluarkan kos sekitar RM 200 untuk hosting dan juga daftar developer apps.
- Perlu tunjuk demo, guide pembeli untuk gunakan apps.
- Ada caj untuk perkhidmatan third party payment gateway
Overall rating:
Nora bagi 3 bintang.
Kalau korang serius nak explore dan belajar macam mana nak bina mobile apps untuk perniagaan dan bisnes korang, korang boleh explore DI SINI.
Ada lebih 15 modul step by step yang akan guide korang untuk hasilkan mobile apps android untuk bisnes dan perniagaan korang.
Nak tahu lebih lanjut tentang cara nak bina web untuk tempahan dan pembayaran untuk bisnes korang, tinggalkan nama dan emel korang di bawah ni.
Jangan lupa tolong share artikel ni pada rakan-rakan anda yang lain.