2 cara jana pendapatan pertama secara online di internet |

2 cara jana pendapatan pertama secara online di internet

Facebook
Pinterest
Twitter
WhatsApp
Read Time7 Minutes, 57 Seconds

Hari ni aku nak kongsikan 2 cara jana pendapatan pertama secara online di internet. Sebelum tu aku nak bagitahu cara yang aku kongsikan ini bukanlah 100% cara free marketing. Sekurang-kurangnya perlu ada sedikit modal untuk bermula.

1. Jual barang di platformshopee.

Bukan setakat produk fizikal, produk digital pun  boleh korang jual di platform shopee ni. Free je pun untuk kau daftar. Ini salah sebuah produk digital yang aku cuba jual melalui shopee. Baru 2 hari dah start ada trafik masuk walaupun belum dapat sale lagi. Ok lah tu.

3 cara jana pendapatan pertama secara online di internet

Dah ramai yang berjaya hasilkan pendapatan secara online di shopee walaupun hanya buat secara dropship dan part time. Kebanyakan yang buat pun adalah yang ada kerja lain dan juga student. Simple je nak daftar & nak masukkan produk untuk kau jual di shopee ni.

Pada aku, Shopee ni best sebab dia tolong boostkan lagi ranking produk & shop shopee kau di carian google. Tak payah la nak pening sangat nak fikir pasal SEO semua tu. Aku cuba buat beberapa carian di google dan memang aku jumpa beberapa kedai shopee yang ranking di page pertama google. Kalau nak buat website, akan ambil masa jugalah untuk rank di page pertama google.

Hasil carian, 2 shop shopee ada di ranking paling atas. 

Tapi kalau kau tak confident dan nak ada orang guide setiap langkah dari daftar, listing produk sampailah bantu kau dapat buat sale dengan konsisten, aku cadangkan kau dapatkanlah beberapa panduan yang ada untuk kau mula jana pendapatan secara online di internet ni.

  1. Bantu mula – Highly recommended untuk yang nak belajar dari awal macam mana kau nak generate income dari shopee. Harga pun super murah sampai student pun tak ada masalah nak beli. Masa aku join dulu harga Rm 30, sekarang aku tak pasti berapa.
  2. Raja Dropship – harganya jauh lagi tinggi dari bantu mula. Tapi siap bagi list supplier untuk produk-produk yang laku keras di shopee. Plus ini memang sesuai sangat kalau kau nak belajar buat dropship di shopee.

Yang penting customer pun banyak dah fully aware dan tahu cara nak shopping di shopee ni. Shopee pun siap ada bagi subsidi pos lagi tau (tertakluk terma dan syarat). Kau tak payah risau kos pos dah. Kau jaga order & hantar barang jer.

Untuk dropship pula kau boleh cari macam-macam company yang offer buat dropship ni. Carilah yang sesuai dengan apa yang kau nak jual. Elakkan dari company atau dealer yang kau rasa suspicious. Atau kalau kau nak bypass orang tengah, kau boleh cari je barang direct dari China dan jual di shopee. Lagi tinggi margin untung kau boleh dapat.

Kau perlu hati-hati sebab beli dari China ni dia bukan direct. Ada barang perlu pergi warehouse, kena shipping dari warehouse, urusan kastam lagi. Silap kira kos, kau boleh rugi pula nanti. Nak selamat kau follow je guide yang orang dah biasa buat dulu. Kau boleh tengok pada guide ni.

Kalau kau sama jenis macam aku yang tak suka berurusan dengan orang dan suka duduk diam-diam sendiri, cara seterusnya yang aku nak share ni maybe cara yang lebih baik untuk korang.

DENGAR POST DALAM BENTUK AUDIO

(Audio ini dalam bahasa Indonesia, sebab aku guna software, bukan rakam suara secara manual. Bahasa Melayu masih tak available)

part 1

part 2

2. Leverage hasil pengiklanan di google adsense dan admob.

Pertama sekali untuk adsense ni korang perlu ada blog sendiri terlebih dahulu. Macam aku, aku guna WordPress untuk bina blog aku. Macam blog Kejapps. com ni pun 100% dibangunkan menggunakan CMS WordPress. Aku pun ada tulis satu tutorial untuk korang bina blog WordPress di sini. Dengan modal RM 60 ringgit pun kau dah boleh dapat blog WordPress dengan domain dot com tau.

Nak apply guna blogspot & youtube pun boleh untuk akaun adsense ni. Cuma sekarang ni makin ketat syarat dia. By the way, untuk kau apply akaun google adsense ni, kau tak boleh apply dekat blog yang guna subdomain atau park dekat directory macam blog.domainkorang.com atau domainkorang.com/blog. Mesti kena apply pada blog dengan nomain penuh macam domainkorang.com.

Masa aku apply 1st time dulu pun berapa kali aku kena reject. Sampailah 3 bulan dari tarikh pertama aku apply tu, baru akaun adsense aku diluluskan. Panduan adsense yang aku jumpa pun kebanyakannya dalam bahasa inggeris dan tak berapa lengkap. Tapi hari tu masa aku nak start balik serius dengan blogging awal tahun ni, aku pun dapatkan panduan revive raja adsense ni (dalam bahasa melayu). 

Sebab aku tak konsisten dengan blog ni, aku cuba buat sesuatu yang lain sikit. Aku apply akaun admob. Dia adik beradik ad sense, cuma ad sense dekat blog dan website, ad mob ni dekat mobile apps. Kalau korang tengok, ada kotak hitam dekat bawah yang tulis did you get instazign? – itulah iklan ad mob tu.

Iklan ad mob ni pun ada macam-macam jenis. Macam gambar di atas ni, yang tu iklan banner. Aku lebih suka iklan macam ni sebab tak menggangu sangat masa kau nak guna apps. Kalau insterstitial ni, iklan dia penuh screen. Kalau kerap sangat menyampah juga orang. Tapi app owner suka, sebab iklan jenis ni lebih banyak income dia berbanding banner.

Satu lagi jenis rewarded. Kalau yang selalu main games tu mesti perasan. Iklan jenis ni biasanya akan reward user yang tengok video iklan sampai habis. Kalau nak collect coin atau point masa main games biasanya orang tengoklah rewarded ad ni.

Potensi pendapatan dengan ad mob ini adalah berbeza. Ramai yang dah mencapai pendapatan dari 3 hingga 5 angka sebulan hanya dengan ad mob melalui apps android. Jangkamasa untuk mula mendapatkan pendapatan adalah bermula dari bulan pertama hingga bulan ke enam bergantung kepada pelbagai faktor seperti kualiti apps, jumlah download, jumlah page view, promosi dan sebagainya. 

Senang cerita lagi ramai orang download, guna app dan view & klik ad mob kau, lagi tinggilah peluang kau buat icome. Jenis iklan yang nak dipaparkan pun kau boleh control. So tak adalah risau akaun kau dapat duit dari iklan-iklan tak senonoh.

Daftar ad mob ni pun percuma jer. Setahu aku kau boleh ada satu akaun ad mob yang aktif sahaja sepanjang masa. Jom aku tunjukkan cara nak daftar akaun ad mob ni, senang jer. Aku tunjukkan sekali cara korang boleh block jenis iklan yang korang tak suka.

1. Pergi ke laman https://admob.google.com/home/. Klik sign up.

2. Gunakan akaun gmail korang. Kalau tak ada, korang kena daftar dulu.

3. Masukkan butiran yang diperlukan. Tukar currency sebagai USD (mudah untuk monitor pembayaran minima). Tick pada I have read & agree dan klik pada butang create ad mod account.

4. Tandakan pilihan yang korang nak (sebagai cadangan boleh rujuk gambarajah di bawah). Klik butang next, verify my account.

5. Masukkan maklumat yang diperlukan (masukkan no telefon yang sah – mula dengan tanda (+) dan angka 6). Pilih cara untuk menerima pin dan klik continue.

6. Masukkan pin yang korang dapat tadi dan klik verify. Korang akan dapat notifikasi yang bagitahu proses verifikasi telah berjaya. 

7. Continue ke admob & klik blocking control. Seterusnya ikuti langkah dalam gambar di bawah..

8. Klik payments. Seterusnya ikuti langkah dalam gambarajah berikutnya.

Dah siap akaun ad mob korang. Macam aku bagitahu sebelum ni, kalau untuk adsense kena ada blog. Kalau untuk ad mob ni, kau perlu ada mobile apps android. Sebagai contoh macam apps blog KEJAPPS ni sendiri. Korang boleh test apps ni dengan klik je butang get in on google play store dekat bawah ni.

3 cara jana pendapatan pertama secara online di internet

Tak perlu nak buat apps yang susah-susah dan complicated sangat macam grab pun. Yang penting app kau berguna, orang boleh pakai, kau letak kod iklan yang betul, tak langgar rules, kau pun ada peluang nak dapat income melalui ad mob ni.

Akaun pun cepat lulus, pengalaman aku apply akaun ad mob ni tak sampai 1 hari pun dah approved. Masa tu aku tak ada apps lagi pun. Kalau adsense kau perlu ada blog, ada content dan ada trafik dulu, baru boleh apply dan akaun baru akan approve.

Nak buat apps ni pun tak adalah susah sangat, Paling mudah kau buat je apps untuk blog dan FB page. Kalau dah ada adsense, topup dengan ad mob pula. yang lagi best content dekat blog atau FB page korang akan nampak sama dekat apps. So kalau kau update blog/FB page, user kau akan nampak update yang sama di apps diorang.

Kalau korang nak belajar cara simple nak tukar blog korang jadi mobile apps android korang boleh je terus klik gambar di bawah. 

Dari nak daftar jadi publisher, step by step buat apps tanpa coding, semua ada ditunjukkan.

 

Nak buat mobile apps ni taklah sesusah yang disangka. Cuma kau perlu tahu cari platform yang sesuai. Malah ada platform yang free yang kau boleh gunakan untuk membina mobile apps. Macam-macam jenis apps yang korang boleh buat. Nak buat game simple macam video dekat bawah ni pun boleh.

Kalau korang berminat nak belajar dan nak tahu lebih lanjut tentang macam mana nak buat mobile apps tanpa coding, korang boleh tinggalkan nama dan emel korang di bawah.

Itulah 2 cara jana pendapatan pertama secara online di internet yang korang boleh cuba. Ada banyak lagi cara lain, aku akan share pula di lain kali. Macam aku bagitahu, cara yang aku kongsikan semuanya memerlukan sedikit modal untuk kau bermula.

Semoga korang berjaya jana pendapatan pertama secara online di internet.

Kalau korang ada idea untuk jana pendapatan secara online dengan modal yang minima, silalah kongsikan di bahagian komen.

Jangan lupa share artikel ini pada kawan-kawan korang yang nak cuba jana pendapatan secara online okay. Mana tahu dengan artikel ni diorang boleh start dan dapat breakthrough.

 

0 0

Jemput komen kat sini

NAK DISKAUN ISTIMEWA UNTUK SETIAP E-COURSE TERBITAN KEJAPPS?

 

Download applikasi KEJAPPSDOTCOM di google play store dengan klik pada butang get in on google play di bawah. Ikuti langkah di dalam apps dan kemudian scan QR code yang terdapat di blog ini dengan menggunakan applikasi KEJAPPSDOTCOM.  Kalau pakai QR scanner biasa diskaun tak keluar.

Scan QR code di bawah dengan applikasi KEJAPPSDOTCOM.

About KEJAPPS.COM

Perkongsian dan coretan pelbagai kisah. Mainly on apa yang aku nak buat lepas aku tak makan gaji dan kerja sendiri. Pengalaman, kehidupan, pekerjaan, makanan, jalan-jalan, teknologi, digital marketing & lain-lain.

Suka? Jom Follow KEJAPPS.COM

Recent Posts

Plugin SEO untuk blog WordPress
digitalmarketing@kejapps
blogkejapps

Plugin SEO untuk blog WordPress

Kali ni aku nak ceritakan pasal plugin SEO untuk blog WordPress yang biasa aku pakai. Dulu-dulu memang aku biasa pakai plugin SEO yoast. Pakai yang

Read More »
Rezeki tak salah alamat
Sembangkosong@kejapps
blogkejapps

Rezeki tak salah alamat

Rezeki tak salah alamat. Dalam artikel yang lepas aku ada kongsikan pasal aku ada job interview. Alhamdulillah aku dah dapat job offer dan sekarang tengah

Read More »

Support us

Suka dengan perkongsian kitorang, terutamanya tentang ‘technical stuff’ macam WP, apps dan lain-lain? Korang boleh bantu kitorang ‘sustain’ dan terus kongsikan mengenai perkara tersebut dengan ‘contribute’ seihklas mungkin dengan klik butang pay with senangpay di bawah (min RM 2 untuk membolehkan transaksi diterima) atau scan dengan phone melalui maybank apps (tiada jumlah minima). ‘Support’ dengan share post kitorang pun kitorang ‘appreciate’ dan berterima kasih.

 

Jom join newsletter kEJAPPS

Kami benci SPAM!. Data & privacy anda dilindungi. dan tidak dikongsikan dengan pihak ketiga.

Close Menu